Bagi setiap syarikat yang ingin menyediakan perkhidmatan/bekalan kepada jabatan kerajaan, mereka mesti mempunyai dokumen yang disahkan oleh Kementerian Kewangan Malaysia dengan butiran mereka. Ini dipanggil Sijil MOF.

Sebagai contoh, untuk mendapatkan tender rasmi dengan jabatan kerajaan, syarikat anda mesti berdaftar dalam bidang makanan dan mesti mengemukakan sijil kewangan. Jika anda tidak mempunyai lesen kewangan, sukar untuk mendapatkan tawaran untuk kontrak kerajaan.

Disini saya senaraikan 5 kelebihan untuk syarikat yang memiliki Lesen Kewangan MOF :

  • Mampu menjual produk dan perkhidmatan kepada kerajaan Malaysia, agensi di bawah seliaannya
  • Kaedah pemasaran perkhidmatan melalui tender dan projek secara online dengan cara yang lebih mudah dan sistematik. Ini boleh dilakukan dengan menggunakan portal Eperolehan.
  • MOF menyediakan latihan dan bimbingan yang disesuaikan untuk mereka yang berminat.
  • Merupakan kelebihan kepada syarikat / perniagaan kerana anda telah mendapat pengiktirafan dari Kementerian Kewangan Malaysia.
  • Bagi usahawan bumiputera, anda boleh memohon pengiktirafan status bumiputera termasuk dengan proses permohonan lesen MOF bagi memgukuhkan lagi syarikat anda.

Daftar syarikat anda dengan MOF Sekarang atau hubungi kami dan dapatkan kadar istimewa untuk syarikat anda. Syarikat kami Setia Urus Services berpengalaman lebih 15 tahun mengurus permohonan syarikat dengan Kementerian Kewangan Malaysia, kami sedia membantu anda untuk jadikan permohonan Lesen MOF jadi lebih mudah dan cepat.

Sila klik untuk chat
Perlu bantuan?
Perlu bantuan?
Salam. Saya Amira, boleh saya bantu