Soalan Lazim
Himpunan soalan dan penerangan berkaitan permohonan lesen kewangan.
Sumber rujukan:
Pendaftaran baru
Bagaimanakah cara untuk mendaftar lesen kewangan (MOF)
Sila isi Borang permohonan atau hubungi kami untuk mendapat maklumat lanjut. Pegawai kami akan menerangkan syarat syarat yang perlu disediakan. Pendaftaran lesen kewangan bergantung kepada jenis syarikat dan kod bidang yang ada dalam SSM.
Berapakah bayaran yang dikenakan untuk pendaftaran lesen kewangan
Sila rujuk di sini.
Adakah saya perlu membuat bayaran pendahuluan/deposit sebelum membuat permohonan
Ya. Pembayaran perlu dibuat sebelum permohonan dihantar ke Kementerian Kewangan
Malaysia ( MOF ). Anda diberi pilihan untuk membuat bayaran penuh atau bayaran deposit. Pulangan sepenuhnya akan dibuat sekiranya permohanan ditolak atau gagal.
Apakah jenis entiti perniagaan yang layak untuk berdaftar
Perniagaan milikan tunggal/perkongsian (enterprise) ,Perkongsian Liabiliti Terhad (PLT/LLP),
Sarikat sdn.bhd, Syarikat Berhad, persatuan, koperasi, pertubuhan atau firma perunding.
Berapakah lama tempoh lesen kewangan sah /aktif
Tiga ( 3 ) tahun. Pembaharuan lesen boleh dilakukan seawal 3 bulan sebelum tamat tempoh.
Adakah layak jika syarikat beralamat/beroperasi di rumah kediaman?
Layak. Bergantung kepada 45 kod bidang yang dibenarkan sahaja.(terhad)
Sekiranya urusniaga syarikat menggunakan akaun simpanan pemilik syarikat, adakah layak untuk memohon lesen kewangan ?
Tidak boleh. Hanya akaun semasa syarikat (company current account) sahaja dibenarkan
digunakan untuk memohon lesen kewangan.
Adakah layak memohon bagi syarikat yang tidak memiliki pekerja
Tidak layak. Syarikat perlu memiliki sekurang-kurangnya seorang (1) pekerja sahaja layak memohon.
Adakah semua syarikat wajib mencarum KSWP bagi setiap pekerjanya
Wajib bagi syarikat yang beroperasi di premis perniagaan,kedai,pejabat & dll.
Tidak wajib bagi syarikat yang beroperasi di rumah kediaman.
Apakah sebab utama permohonan pendaftaran lesen kewangan ditolak/gagal .
Dokumen tidak lengkap mengikut syarat-syarat permohonan yang ditetapkan. Sila hubungi pegawai kami atau isi borang permohanan. Pegawai kami akan menghubungi anda dalam tempoh masa 24 jam untuk bantuan.
Pembaharuan lesen kewangan
Bilakah proses pembaharuan lesen kewangan dibenarkan
Pembaharuan lesen kewangan boleh dibuat seawal tiga (3) bulan dari tarikh tamat tempoh/aktif. Tarikh akhir dibenarkan pembaharuan selewat-lewatnya satu (1) tahun selepas tarikh tamat tempoh.
Sekiranya lesen kewangan syarikat saya tamat tempoh lebih dari satu (1) tahun, bolehkah saya membuat pembaharuan ?
Tidak boleh. Lesen kewangan syarikat sedia ada terbatal secara automatik dalam sistem ePerolehan. Pihak syarikat anda perlu membuat pendaftaran baru lesen kewangan.
Adakah kadar bayaran sama dengan permohonan baru lesen kewangan ?
Tidak . Lebih murah daripada pendaftaran baru. Sila rujuk kadar bayaran.
Adakah dibenarkan membuat penambahan kod bidang semasa proses pembaharuan lesen kewangan ?
Boleh. Had maksimum 30 bidang sahaja dibenarkan bagi setiap lesen kewangan.
Adakah dibenarkan membuat kemaskini Profil syarikat semasa proses pembaharuan lesen kewangan
Boleh dan dibenarkan. Maklumkan kepada kami setiap perubahan maklumat seperti penama di dalam sijil, penukaran nama pentadbir di dalam sistem ePerolehan dan lain-lain kemaskini profil syarikat yang diperlukan.
Adakah dibenarkan membuat pembaharuan lesen kewangan sekiranya caruman KWSP tidak dilakukan oleh syarikat
Boleh. Bagi syarikat yang beroperasi di rumah kediaman dan tidak boleh untuk syarikat yang beroperasi di premis perniagaan/pejabat. Anda wajib mendaftar & mencarum KWSP sekurang kurangnya seorang pekerja syarikat.
Adakah lesen Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) diperlukan
Ya, perlu. Syarat wajib semasa proses pembaharuan lesen kewangan syarikat.
Berapakan lama tempoh sah/aktif selepas membuat pembaharuan ?
Tiga (3) tahun.
Apakah dokumen/maklumat syarikat yang diperlukan untuk perbaharuan lesen kewangan
Sila hubungi kami atau isi Borang Permohonan secara online. Pihak kami akan menghubungi anda untuk maklumat lanjut dalam tempoh 24 jam.
Tambah kod bidang
Apakah yang dimaksudkan tambah kod bidang lesen Kewangan
Proses daftar @ tambah kod bidang ke dalam lesen kewangan yang sedia ada.
Berapakah had maksimum tambah kod bidang
30 kod bidang sahaja.
Bilakah atau ada tempoh masa yang dibenarkan untuk menambah kod bidang
Bila-bila masa selagi lesen kewangan masih aktif.
Berapa kadar bayaran tambah kod bidang
Rujuk kadar bayaran.
Apakah beza antara kod bidang biasa dangan kod bidang khas
Kod bidang biasa tidak memerlukan lawatan tapak manakala kod bidang khas memerlukan proses lawatan tapak oleh pegawai MOF.
Adakah dibenarkan kod bidang bekalan/perkhidmatan dengan kod bidang firma perunding di dalam satu lesen
Tidak dibenarkan. Kod bidang bekalan/perkhidmatan tidak dibenarkan didaftarkan bersama sama kod bidang perunding. Syarikat perlu memohon lesen kewangan yang baru secara berasingan.
Apakah sebab permohonan tambah kod bidang ditolak oleh Kementerian Kewangan Malaysia (MOF)
Kod bidang yang dipilih tidak sama atau selari dengan perniagaan ( nature of business ) yang telah didaftarkan dalam SSM.
Apakah kod bidang beralamat rumah kediaman ?
Kod bidang rumah kediaman ( 45 jenis kod bidang sahaja ) bermaksud hanya kod bidang yang layak untuk perniagaan beroperasi di rumah kediaman sahaja .
Bagaimanakah cara untuk mengenali kod bidang
Terdapat 6 digit nombor pada setiap kod bidang. Dua (2) nombor pertama menentukan kod bidang tersebut adalah kod bidang bekalan atau kod bidang perkhidmatan ( 01 hingga 21 : Kod Bekalan & 22: Perkhidmatan ) Contoh ;221001 adalah kod bidang perkhidmatan Pengawalan Dan pengawasan serangga Perosak.
050101 adalah kod bidang Bekalan Peralatan dan Kelengkapan hospital. Bagi kod bidang perunding bermula dengan nombor 33 dan 34.
Bolehkah syarikat mendaftarkan kod bidang yang sama di dalam dua syarikat yang pemilik/staf yang sama
Tidak dibenarkan.Pendaftaran lesen kewangan tidak membenarkan syarikat menggunakan kod bidang yang sama di dalam syarikat yang berbeza yang dimiliki oleh pemilik/kakitangan yang sama .Perkara ini ditetapkan bertujuan untuk mengelak berlaku pakatan sebut harga di dalam tender.
Status bumiputera
Apa itu Sijil Taraf Bumiputera MOF
Sijil yang membuktikan syarikat mempunyai status bumi. Ia merupakan satu kelebihan kerana terdapat tender tender yang diperuntukkan untuk bumiputera sahaja. Syarat yang agak ketat dikenakan oleh kementerian kewangan untuk memohon status ini.
Berapa lama untuk memohon Sijil Taraf Bumiputera MOF
Dalam tempoh 60 hari selepas permohonan. Lawatan tapak biasanya dilakukan oleh pegawai dari kementerian kewangan
Apakah dokumen sokongan yang perlu
Sijil SSM, Akaun semasa syarikat, carta organisasi bergambar, peta lakar ke premis, salinan perjanjian sewa/geran & penyata caruman beserta resit bayaran KWSP
Apakah syarat asas untuk memohon Sijil Taraf Bumiputera MOF
Syarikat hendaklah dimiliki oleh 75% bumiputera. Segala aspek utama pengurusan dikawal oleh bumiputera seperti pegangan saham, pengarah dan penandatangan cek. Pekerja pula mestilah majoritinya bumiputera.
Adakah tarikh lawatan tapak dimaklumkan terlebih dahulu
Tidak dimaklumkan. Lawatan ini akan dilakukan secara mengejut. Oleh itu syarikat perlu sentiasa bersedia menerima lawatan dari pegawai MOF.
Adakah lawatan tapak dibuat oleh pegawai MOF untuk perniagaan yang beroperasi di rumah kediaman
Bergantung kepada budi bicara pegawai terbabit. Namun begitu, mereka berhak untuk membuat lawatan tapak.
Adakah Sijil Kewangan & Sijil Taraf Bumiputera merupakan sijil yang sama
Tidak. Ianya berasingan.
Berapa kadar bayaran bagi permohonan Sijil Taraf Bumiputera MOF
Sila rujuk Kadar Bayaran.
Kemas kini profil
Apakah yang dimaksudkan tambah kod bidang lesen Kewangan
Anda perlu isi Borang permohonan terlebih dahulu atau menghubungi kami. Kami akan cuba membantu anda.
Adakah tempoh sah sijil berubah selepas membuat permohonan kemaskini profil syarikat
Tidak. Ia kekal seperti tarikh asal Sijil kewangan .
Bolehkah membuat perubahan nama pengarah atau staf syarikat selepas permohonan baru
Tidak. Semua maklumat pengarah dan staf syarikat tidak boleh diubah dalam tempoh 6 bulan selepas permohonan baru diluluskan oleh Kementerian kewangan.
Apakah perkara utama sebelum syarikat membuat permhonan kemaskini profil
Pastikan maklumat perniagaan di profil Sijil SSM sah, benar dan terkini.
Apakah syarat utama bagi membuat permohonan kemaskini profil syarikat
Tiada syarat yang ditetapkan dan bergantung kepada perubahan yang berlaku di dalam syarikat.
Apakah dokumen yang diperlukan dalam proses permohonan kemaskini profil syarikat
Berdasarkan kepada dokumen/maklumat yang dipinda atau yang berkaitan sahaja.
Berapakah tempoh masa untuk permohonan kemaskini profil syarikat diluluskan
Maksimum 14 hari bekerja.
Sekiranya syarikat membuat perubahan pemegang saham dan pertambahan pengarah , adakah pihak syarikat perlu memaklumkan kepada MOF
Ya.Perlu. Syarikat diwajibkan membuat Permohonan kemaskini profil dengan MOF bagi memastikan maklumat syarikat sentiasa selari dengan maklumat SSM.
Berapakah bayaran yang dikenakan
Sila rujuk di sini.
Sekirannya berlaku perubahan alamat syarikat di SSM, adakah akan menjejaskan alamat yang didaftar dengan MOF sebelum ini
Ya. Pengarah/pengurus perlu membuat permohonan kemaskini profil syarikat dengan Kementerian kewangan bagi mendapatkan sijil yang baru mengikut alamat yang didaftarkan.
Sijil digital
Apakah dokumen yang diperlukan untuk memohon Sijil digital ePerolehan
Satu salinan kad pengenalan pentadbir sistem ePerolehan dan surat permohonan.
Apakah fungsi sijil digital ePerolehan
Ia berfungsi sebagai tandatangan digital untuk membuat pengesahan dokumen secara online atau atas talian di dalam sistem ePerolehan.
Berapakah tempoh masa untuk mendapat kelulusan permohonan sijil digital ePerolehan
Mengambil masa 1-3 hari bekerja.
Berapa lama tempoh sah Sijil digital ePerolehan
Tiga (3) tahun.
Berapakah kadar bayaran untuk permohonan sijil digital ePerolehan
Sila rujuk Kadar bayaran
Apakah perlu dilakukan sekiranya sijil digital ePerolehan dibekukan
Sila reset ID sijil digital dalam sistem ePerolehan.
Bolehkah pentadbir sistem yang sama untuk lebih dari satu syarikat
Ya.Boleh.
Bagaimanakan cara-cara menggunakan sijil digital ePerolehan
Sila masukkan no Pin dan jawapan keselamatan ketika membuat pengesahan dokumen/transaksi dengan jabatan kerajaan di dalam sistem ePerolehan.
Apakah bentuk sijil digital ePerolehan. Adakah dalam bentuk sijil
Tidak. Sijil digital ePerolehan adalah berfungsi sebagai tanda tangan digital untuk membuat pengesahan dokumen transaksi secara atas talian di dalam sistem ePerolehan.
Apakah sebab utama permohonan sijil digital ePerolehan gagal
Salinan kad pengenalan pemohon tidak sah atau tidak jelas.