1.Syarikat perlu berdaftar dengan SSM.

Bagi syarikat yang ingin memohon lesen kewangan MOF, syarikat perlulah berdaftar dengan pihak SSM dan memastikan lesen SSM anda tidak tamat tempoh. Kod bidang yang ingin dipohon dengan MOF perlulah selari dengan jenis perniagaan di SSM.

2.Dokumen pengenalan diri yang lengkap.

Salinan pengenalan diri bagi semua pemilik yang sah perlulah disertakan. Bagi pemilik bukan warganegara Malaysia anda perlu menyediakan salinan pasport yang masih aktif.

3.Penyata akaun bank semasa.

Salinan penyata akaun bank semasa syarikat bagi bulan terkini dan berbaki RM2500.00 juga perlu disertakan. Ini bertujuan untuk mengenalpasti kemampuan kewangan syarikat bagi membuat perkhidmatan atau membekal produk kepada pihak kerajaan.

4.Premis perniagaan.

Selain dari 45 Kod Bidang Rumah, syarikat perlu beroperasi di premis perniagaan yang disewa atau dimiliki untuk layak berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia. 

5.Pekerja bawah syarikat.

Diwajibkan keatas mana-mana syarikat yang ingin daftar syarikat interprise dengan MOF mempunyai pekerja sekurang-kurangnya seorang pekerja. Untuk syarikat perkongsian pula, salah seorang boleh dipilih sebagai personal pengurusan dan selebihnya sebagai pekerja.

Kesimpulan.

Walaupun senarai diatas nampak mudah untuk diuruskan, terdapat beberapa syarat lain yang perlu dipenuhi untuk membolehkan syarikat anda layak berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia dan eperolehan.

Jika syarikat anda belum berdaftar dengan pihak mof anda boleh menghubungi pihak kami untuk memudahkan urusan pendaftaran anda. Dapatkan khidmat nasihat dan servis yang disediakan oleh setiaurus.my untuk memudahkan urusan pendaftaran syarikat anda dengan kementerian kewangan Malaysia.

Sila klik untuk chat
Perlu bantuan?
Perlu bantuan?
Salam. Saya Amira, boleh saya bantu