Pengenalan

Lesen kewangan merupakan satu sijil yang dikeluarkan oleh kementerian kewangan Malaysia (MOF). Kebiasaanya lesen ini merupakan salah satu syarat wajib yang dikenakan kepada syarikat sebelum dibenarkan untuk menyertai sebut harga  kontrak kerajaan atau badan berkanun. Sijil ini amat penting bagi syarikat yang ingin mengembangkan perniagaan mereka. Pemilik yang ada lesen kewangan mempunyai banyak kelebihan  di dalam proses bidaan yang mereka masuki.

Bagaimana proses untuk memohon.

Permohonan adalah 100% di atas talian. Proses permohonan  mengambil masa 5 hingga 14 hari. Beberapa syarat perlu dipatuhi. Anda disarankan agar memahami dan mengetahui dokumen-dokumen yang diperlukan semasa membuat permohonan ini. Kesilapan penyediaan dokumen dan kesalahan dalam mengisi borang boleh menyebabkan permohonan anda ditolak. Di sini , kami kongsikan langkah-langkah permohonan bagi memudahkan anda.

Pendaftaran akaun

Langkah yang pertama adalah , anda perlulah mendaftar dahulu akaun pembekal di laman web eperolehan. Anda wajib mempunyai ID dan kata laluan untuk masuk ke sistem eperolehan.

Pengaktifan kod

Selepas selesai membuat pendaftaran baru , anda  akan menerima satu email yang menyatakan tentang pengaktifan kod bagi ID dan kata laluan tersebut. Apabila ID dan kata laluan telah disahkan , barulah anda boleh membuat permohonan lesen kewangan di laman web eperolehan.

Proses permohonan

Langkah yang terakhir , selepas akaun eperolehan diaktifkan , anda  boleh mula membuat permohonan mengikut langkah-langkah yang disediakan. Pastikan setiap maklumat syarikat yang diisi disemak terlebih dahulu untuk mengelakkan sebarang masalah. Apabila permohonan telah dihantar ke MOF untuk mendapatkan kelulusan, pihak pembekal boleh membuat semakan setiap hari didalam sistem eperolehan untuk mengetahui permohonan diluluskan ataupun ditolak.

Untuk membuat permohonan lesen kewangan secara atas talian adalah mudah. Tetapi anda  diingatkan untuk menyediakan maklumat syarikat yang lengkap dan memastikan setiap maklumat yang diisi di dalam sistem eperolehan adalah tepat. Pesanan ini adalah untuk mengelakkan permohonan anda ditolak.

Kesimpulan

Sekiranya anda tidak mempunyai masa dan  mengelakkan anda pening kepala dan menjadikan permohonan anda lebih mudah, boleh tekan link disini untuk kami bantu. Anda hanya perlu menyediakan dokumen dan maklumat yang lengkap sahaja untuk kami bantu medapatkan kelulusan dengan mudah.

Sila klik untuk chat
Perlu bantuan?
Perlu bantuan?
Salam. Saya Amira, boleh saya bantu