Pengenalan

ePerolehan ialah satu sistem perolehan elektronik yang memudahkan aktiviti perolehan kerajaan. ePerolehan akan menukarkan proses perolehan tradisional (secara manual) di dalam jentera kerajaan kepada perolehan elektronik menerusi Internet. Sistem eperolehan boleh diakses di laman https://www.eperolehan.gov.my

ePerolehan membolehkan para pembekal mempamerkan produk mereka di dalam jaringan web sedunia, menerima, mengurus dan memproses pesanan pembelian serta menerima bayaran daripada agensi-agensi kerajaan menerusi Internet. Katalog produk para pembekal akan ditukarkan ke bentuk katalog elektronik atau eCatalogue, yang boleh dilihat dari mana-mana desktop menggunakan perisian pelayar web.

Pembekal juga berupaya menghantar sebutharga, mendapatkan dokumen tender dan menghantar tawaran tender menerusi ePerolehan. ePerolehan membolehkan para pembekal mendaftar atau memperbaharui pendaftaran mereka dengan Kementerian Kewangan menerusi Internet.

Para pembekal akan dapat menghantar permohonan, memeriksa status permohonan dan membayar bayaran pendaftaran melalui ePerolehan.

Fungsi

Pendaftaran lesen MOF

Pasti ada pihak tertanya-tanya fungsi daftar eperolehan kan ? Fungsi pendaftaran Eperolehan adalah untuk mendapatkan sijil kewangan MOF. Fungsi sijil kewangan MOF melayakkan anda untuk berinteraksi dengan pihak kerajaan sehingga nilai RM20000 atau lebih. Segala syarat yang ditetapkan perlu diisi dan disediakan dengan tepat dan betul untuk mengelakkan permohonan anda ditolak. Untuk memudahkan urusan anda, pihak kami akan menguruskan permohonan anda sehingga berjaya mendapatkan sijil kewangan MOF. Hanya perlu isikan borang permohonan di laman web kami iaitu Setiurus.my dan pegawai perkhidmatan kami akan  menghubungi anda.

Mengemaskini maklumat syarikat

Jika ada berlaku sebarang perubahan maklumat, syarikat boleh membuat permohonan kemaskini profil di dalam sistem eperolehan. Untuk pengetahuan anda, permohonan kemaskini profil ini tersangatlah penting bagi memastikan maklumat syarikat adalah tepat selaras dengan pendaftaran di SSM. Jika anda ingin membuat penambahan kod bidang ataupun nak buang kod bidang sedia ada, proses ini juga boleh dilakukan di dalam sistem eperolehan.

Menguruskan tender sebut harga

Apabila permohonan lesen kewangan MOF dan diluluskan, anda akan dibekalkan dengan ID dan password log masuk ke Eperolehan. ID dan Password ini membolehkan syarikat untuk mendaftar masuk dan menguruskan tender/sebut harga di dalam sistem Eperolehan. Prosesnya teramat mudahkan ? Anda tidak perlu membazirkan tenaga untuk ke pejabat dan membeli borang tender seperti yang anda buat sebelum ini.  

 

Sila klik untuk chat
Perlu bantuan?
Perlu bantuan?
Salam. Saya Amira, boleh saya bantu