Pengenalan

Permohonan lesen kewangan syarikat enterprise sebenarnya tidaklah sukar , tetapi yang sering menjadikan permohonan bermasalah adalah penyediaan dokumen yang tidak lengkap mengiku syarat-syarat yang telah ditetapkan. Hal ini akan menyebabkan permohonan mereka ditolak sekaligus membuatkan pemohon berputus asa dan merasakan permohonan Lesen Kewangan MOF adalah suatu permohonan yang sukar. Disini saya akan kongsikan 2 punca utama permohonan Lesen Kewangan Syarikat Enterprise ditolak untuk dijadikan rujukan.

 

Kod Bidang Tidak Selari Dengan Jenis Perniagaan Dalam SSM

Untuk pemilihan kod bidang , pemohon perlu memastikan setiap kod bidang yang dimohon perlulah sama dengan jenis perniagaan yang didaftarkan didalam SSM. Jika berlaku ketidaksamaan kod bidang yang dimohon dengan jenis perniagaan di dalam SSM , peratus untuk permohonan anda ditolak adalah tersangat tinggi.

  

Menggunakan Penyata Akaun Simpanan

Syarikat tidak dibenarkan menggunakan penyata akaun simpanan pemilik. Anda perlu menggunakan penyata akaun bank syarikat untuk membuat permohonan Lesen Kewangan MOF. Jika akaun bank syarikat baru dibuka , anda boleh menggunakan slip deposit sebagai ganti kepada penyata akaun bank. Perlu diingatkan , syarat permohonan Lesen Kewangan MOF , baki terkini didalam akaun bank syarikat minimum perlu ada RM2500 , kekurangan baki juga adalah salah satu punca penolakan permohonan anda.

 

Kesimpulan

Walau bagaimanapun , setiap permasalahan pasti akan ada jalan penyelesaiannya. Kami di Setia Urus Services sedia membantu pihak tuan puan untuk lebih memudahkan permohonan Pendaftaran Lesen Kementerian Kewangan MOF. Segala urusan akan diselesaikan oleh pihak kami , syarikat hanya perlu menyediakan dokumen yang lengkap dan tepat untuk kami proses permohonan sehingga mendapatkan kelulusan. Hubungi kami di talian 013 800 3100 atau emailkan ke admin@setiaurus.my untuk sebarang pertanyaan.

 

 

Sila klik untuk chat
Perlu bantuan?
Perlu bantuan?
Salam. Saya Amira, boleh saya bantu