Mendapatkan sijil status bumiputera boleh menjadi sukar dan memenatkan. Dokumen perlu dikumpul, kertas kerja perlu diatur, dan banyak perjalanan perlu dibuat ke agensi kerajaan untuk mendapatkan sijil. Namun semua itu akan menjadi mudah apabila pihak kami di Setia Urus Services menguruskan permohonan status bumiputera anda.
Memiliki sijil status bumiputera adalah penting untuk mengakses peluang yang hanya tersedia untuk rakyat Malaysia yang berstatus bumiputera sahaja. Tanpanya, anda mungkin dikecualikan daripada beberapa tender yang dikeluarkan oleh kerajaan. Berikut adalah syarat sijil taraf bumiputera.
Daftar bertaraf bumiputera (51%)
- Syarikat dimiliki oleh warganegara Malaysia dari segi penguasaan dan pegangan ekuiti, Lembaga pengarah , Pengurusan , kakitangan , struktur/carta organisasi dan fungsi pengurusan sekurang-kurangnya 51% oleh Bumiputera. Baki 49% saham boleh dikuasai oleh bukan Bumiputera dan asing.
- Jawatan Ketua Eksekutif, Pengarah Urusan, Pengurus Besar dan jawatan-jawatan penting lain (key-post) hendaklah dipegang oleh Bumiputera sekurang-kurangnya 51%.
- Pengurusan Kewangan dari segi penandatangan cek dan dokumen penting kewangan syarikat hendaklah ditandatangani oleh Bumiputera.
- Peratusan pegangan ekuiti tertinggi secara individu hendaklah dikuasai oleh Bumiputera. Manakala gaji/caruman KWSP tertinggi hendaklah dikuasai oleh Bumiputera.
Daftar Bumiputera 100%
(i) Syarikat dimiliki oleh warganegara Malysia. Pegangan ekuiti, Lembaga Pengarah, Pengurusan dan pengurusan kewangan 100% dikuasai oleh Bumiputera.
Kesimpulan
Mohon sijil status bumiputera Mof anda dengan mudah. Platform dalam talian kami memudahkan proses supaya anda tidak perlu bersusah payah menyediakan dokumen. Hentikan pembaziran masa & wang dan mula menggunakan platform kami Setia Urus Services sekarang untuk mendapatkan sijil status bumiputera anda dengan cepat & mudah. Dapatkan maklumat penting cara memohon Sijil taraf bumipetera MOF dengan menghubungi 0138003100 atau layari web kami https://setiaurus.my